Tarikh diterbitkan : 01 Mar 2023

MAJLIS PENUTUP PROGRAM LEXUS JUNIOR 2023 | 23 FEBRUARI 2023

MAJLIS PENUTUP PROGRAM LEXUS JUNIOR 2023 | 23 FEBRUARI 2023

Pengkalan Chepa, 23 Februari 2023 – Majlis Penutup Program Kepimpinan Eksekutif Muda untuk Juruukur dan Jurugeospatial (Junior Leadership Executive Course for Surveyors and Geospatialists, Junior LEXUS) bertempat di Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Jamil Faisal bin Yusoff, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan. Program ini selaras dengan hasrat YBrs. KPUP supaya terus sedaya upaya majukan diri dan jabatan ke arah pengurusan dan pentadbiran yang lebih berintegriti seterusnya membangunkan modal insan yang cemerlang.

Majlis juga turut menjemput peserta Middle LEXUS kumpulan 1 (gred 48 - 52) iaitu Sr Ab Rahman bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, JUPEM Negeri Kelantan, dan Sr Shahriman Bin Ismail, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, JUPEM Negeri Kelantan untuk membuat sedikit perkongsian mengenai keterlibatan mereka sepanjang sepangjang program LEXUS yang berlangsung. Ini sekaligus, memberi peluang kepada peserta Junior LEXUS untuk memahami dan menghayati pengalaman yang dilalui oleh para peserta pada tahap Middle LEXUS. Majlis penutup berkonsepkan perkongsian santai ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Muhammad Akmal bin Remli, Pengarah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan YBrs. Dr. Hasyiya Karimah Adli, Dekan Fakulti Sains Data dan Pengkomputeran, UMK, barisan tenaga pengajar LEXUS, dan para peserta secara fizikal.