Tarikh diterbitkan : 02 Mar 2023

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN, JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KEPADA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA | 24 FEBRUARI 2023

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN, JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KEPADA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA | 24 FEBRUARI 2023

KUANTAN, 24 Februari 2023 - Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Brigedier Jeneral Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM di Markas Angkatan Bersama (MAB) pada 24 Feb 23.  

Kunjungan Hormat ini adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim dan memberi gambaran am kepada YBhg Panglima berkenaan tugas pengoperasian Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM dalam memberi perkhidmatan kepada Angkatan Tentera Malaysia samada semasa aman ataupun semasa bencana.

Selain daripada itu, pihak BGSP, JUPEM turut dijemput oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) untuk berkongsi berkaitan maklumat yang terdapat di dalam Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM). Sesi perkongsian dimulai dengan taklimat ringkas dan pendedahan terhadap kolaborasi data sedia ada bertujuan dalam pelaksanaan Eksesais yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah BGSP, Kolonel Norazlin binti Pamuji.

Pihak BGSP, JUPEM juga telah berkongsi tentang penggunaan Platform DGIM yang digunapakai sewaktu dalam Eksesais. YBhg Panglima juga telah diberikan demonstrasi Portal dengan memaparkan kebolehan data Geographic Information System (GIS) yang dapat dipaparkan untuk membuat analisa.

Sebelum mengakhiri sesi perkongsian tersebut, pihak BGSP telah menyatakan bahawa JUPEM akan sentiasa bersedia untuk menjalinkan hubungan kerjasama seterusnya dengan semua agensi sama ada awam atau swasta mahupun NGO dalam menyediakan kolaborasi data untuk memudahkan pengurusan semasa Eksesais dan sebagainya.