Tarikh diterbitkan : 02 Mar 2023

JUPEM @ KL GeoHydro 2023 (CONFERENCE & EXHIBITION) | 28 FEBRUARI & 1 MAC 2023

JUPEM @ KL GeoHydro 2023 (CONFERENCE & EXHIBITION) | 28 FEBRUARI & 1 MAC 2023

Persidangan dan Pameran KL GeoHydro telah diadakan pada 28 Februari hingga 1 Mac 2023. Program ini adalah anjuran bersama FIG, UTM dan PEJUTA  juga disokong oleh PHN, JUPEM serta LJT

Bertemakan “Prospects and Technological Development in Hydrography”. Persidangan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Penganjur KL GeoHydro 2023 iaitu Prof. Sr. Dr. Mohd Razali bin Mahmud (UTM). Seterusnya, seminar telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Negara, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah Hassan.

Nama JUPEM juga turut kedengaran apabila Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Sr Hazri bin Hassan telah diberi penghormatan untuk menyampaikan keynote address bertajuk Geomatics : A  Paradigm Shift into Maritime Relevance pada sesi pertama seminar berkenaan.

KL GeoHydro 2023 ini diadakan di Hotel Shangri La Kuala Lumpur dan telah dihadiri hampir 200 orang peserta dari antarabangsa dan tempatan seperti Juruukur Tanah Berlesen, agensi-agensi kerajaan dan pelajar IPT jurusan hidrografi termasuk dari National University of Taiwan.

JUPEM juga turut serta dalam aktuviti pameran dengan ruang reruai yang menyediakan informasi mengenai operasi Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS) JUPEM untuk makluman pengunjung. Terdapat juga hampir 20 reruai dari lain-lain agensi dan firma yang berkongsi informasi dan produk berkaitan bidang hidrografi.