Tarikh diterbitkan : 13 Mar 2023

TAHNIAH PASUKAN BOLING WANITA JUPEM @ SUKAN NRECC | 5 MAC 2023

TAHNIAH PASUKAN BOLING WANITA JUPEM @ SUKAN NRECC | 5 MAC 2023

Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah mengadakan Sukan NRECC dengan edisi Boling pada 5 Mac 2023 (Ahad) yang telah berlangsung di Sunway Mega lanes, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

Sebanyak 19 Jabatan telah menyertai perlawanan boling ini. Format pertandingan berkumpulan lelaki dan wanita. Setiap pasukan diwalkili empat orang lelaki dan empat orang wanita daripada Jabatan/Agensi masing-masing.

Tahnhiah pasukan boling JUPEM yang telah turut serta dalam perlawanan ini. Berikut keputusan penuh Sukan NRECC Edisi Boling 2023:

Keputusan Kategori Lelaki Berkumpulan:-

Tempat Pertama - FRIM
Tempat Kedua - JPS A
Tempat Ketiga - TNB

Keputusan Kategori Wanita Berkumpulan:-

Tempat Pertama - FRIM
Tempat Kedua - TNB
Tempat Ketiga - JUPEM

Perasmian program sukan ini oleh TKSU Sektor Sumber Asli NRECC, En.Abdul Wahid Bin Abu Salim dan penyampaian hadiah oleh TKSU Sektor Tenaga NRECC, Dato' Mohamad Razif Bin Haji Abd Mubin dan Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri (SUBK Pengurusan, NRECC).

Tahniah pasukan Boling Wanita JUPEM,  yang telah menduduki tempat ke-3.

Jumpa lagi dalam Sukan NRECC Edisi Badmiton pada Mei 2023 pula.