Tarikh diterbitkan : 20 Mar 2023

PROGRAM EKSPLORASI UKUR @ GSD 2023 | 15 MAC 2023

PROGRAM EKSPLORASI UKUR @ GSD 2023 | 15 MAC 2023

Kuala Lumpur, 15 Mac 2023 – Satu program Eksplorasi Ukur telah diadakan bersempena dengan sambutan Global Surveyors’ Day 2023 (GSD 2023). Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 44 orang peserta, mewakili bahagian di JUPEM Ibu Pejabat, Kuala Lumpur telah menjayakan program ini.

Program dimulakan dengan ucapan dan pelepasan peserta oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani Bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Turut hadir bersama dalam menjayakan aktiviti ini ialah YBrs. Sr Siti Zainun Binti Mohamad, Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara selaku penganjur bagi program ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang menyertai dan menjayakan program ini.