Tarikh diterbitkan : 31 Mar 2023

KUNJUNGAN HORMAT SAHIBUS SAMAHAH DATUK PROF. MADYA DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA YBRS. SR MOHAMMAD ZAKI BIN MOHD GHAZALI, KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 30 MAC 2023

KUNJUNGAN HORMAT SAHIBUS SAMAHAH DATUK PROF. MADYA DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA YBRS. SR MOHAMMAD ZAKI BIN MOHD GHAZALI, KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 30 MAC 2023

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 - Satu sesi Kunjungan Hormat oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan kepada YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diadakan di Ibu Pejabat JUPEM pada tengahari tadi.

Turut hadir dari Delegasi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah Sahibus Samahah Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti dan Ustaz Mohd Jais Anuar bin Ahmad, Ketua Unit Falak.

Turut mengiringi ke sesi kunjungan hormat ini adalah YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Hazri bin Hasan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik serta Sr Muhammad Daud bin Mahdzur, Pengarah Ukur Seksyen (Falak dan Graviti).

Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak yang berkaitan dengan isu-isu dan aktiviti Cerapan Hilal dan Falak, Penyediaan data waktu solat, Penentuan arah kiblat serta kerjasama di dalam pembangunan stesen balai cerap di Wilayah Persekutuan Labuan.

Perbincangan kedua-dua pihak juga turut memfokuskan hala tuju, cabaran dan perancangan aktiviti cerapan hilal pada masa akan datang.

Pada akhir sesi, kedua-dua pihak menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan.