Tarikh diterbitkan : 12 Apr 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT KESELAMATAN DATA GEOSPATIAL (JAKG) BIL.1/2023 | 11 APRIL 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT KESELAMATAN DATA GEOSPATIAL (JAKG) BIL.1/2023 | 11 APRIL 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Audit Keselamatan Data Geospatial (JAKG) Bil.1/2023 telah diadakan pada 11 April 2023 (Selasa) bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan selaku Pengerusi JAKG.

Jawatankuasa Audit Keselamatan Data Geospatial (JAKG) ini ditubuhkan untuk memastikan pengurusan keselamatan data-data geospatial terperingkat diuruskan dengan baik dari aspek penyimpanan, penggunaan, penyebaran serta pelupusan data seiring dengan akta-akta dan pekeliling-pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 18 ahli mesyuarat daripada pelbagai agensi dan jabatan yang terdiri daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Agensi Angkasa Malaysia  (MYSA), Jabatan Pertanian (DOA) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Mesyuarat tersebut telah membincangkan isu-isu berbangkit daripada sesi pengauditan yang lepas, penghebahan berkaitan JAKG, pengemaskinian Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007 – Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat dan perancangan aktiviti-aktiviti bagi JAKG bagi tahun 2023.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.