Tarikh diterbitkan : 13 Apr 2023

UNITED NATIONS GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES ASIA SOUTH EAST DIVISION (UNGEGN ASE): Disussion on Division Workplan 2022- 2026 | 12 APRIL 2023

UNITED NATIONS GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES ASIA SOUTH EAST DIVISION (UNGEGN ASE): Disussion on Division Workplan 2022- 2026 | 12 APRIL 2023

Divisional Meeting of United Nations Group of Experts on Geographical Names Asia South-East (UNGEGN-ASE): Discussion on Division Work Plan 2022-2026 telah diadakan secara atas talian pada 12 April 2023. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Zetty Akhtar bin Haji Abd Hamid selaku Pengerusi UNGEGN-ASE dan sekretariat dari Brunei Darussalam. 

Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh sembilan (9) buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Laos, Singapura, Filipina, Sri Lanka, Vietnam dan Bhutan. Wakil daripada Malaysia telah diketuai oleh Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II selaku Ketua Delegasi dan Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob yang akan mewakili Malaysia ke sesi 3rd UNGEGN 2023 pada bulan Mei nanti. Turut hadir bersama adalah Ketua Sekretariat iaitu Sr Saiful Wazlan bin Wahab, dan dibantu oleh Sr Shahril Azhari Bin Jumari, Sr Lam Chee Siong, Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami, Sr Sarah binti Shaharuddin, Cik Hazamy binti Mohd Suhaimi dan Cik Syarifah Athirah binti Shaib Aliwi. 

Agenda utama perbincangan ini adalah bagi melaporkan dan membincangkan cadangan pelan kerja UNGEGN-ASE bagi tahun 2022 - 2026 seterusnya mendapatkan persetujuan  negara-negara ahli untuk menjayakan agenda pelan kerja tersebut. Selain itu negara-negara ahli turut berbincang mengenai persediaan bagi menghadiri International Training on Toponymy serta 12th Divisional Meeting of the UNGEGN-ASE yang akan diadakan pada bulan Jun 2023 bertempat di Bali, Indonesia.   Secara umumnya, cadangan pelan kerja UNGEGN-ASE telah mendapat persetujuan negara-negara ahli dan perincian skop pelan kerja tersebut akan diperhalusi dari semasa ke semasa.