Tarikh diterbitkan : 12 May 2023

TAKLIMAT STATUS PERSEMPADANAN DARAT DAN MARITIM ANTARABANGSA MALAYSIA SERTA PERSEMPADANAN DARAT DAN MARITIM ANTARA NEGERI-NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA KEPADA YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM | 2 MEI 2023

TAKLIMAT STATUS PERSEMPADANAN DARAT DAN MARITIM ANTARABANGSA MALAYSIA SERTA PERSEMPADANAN DARAT DAN MARITIM ANTARA NEGERI-NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA KEPADA YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM | 2 MEI 2023

Satu taklimat oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kepada Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah berlangsung pada petang tadi di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Parcel F, Putrajaya bertujuan menyampaikan status maklumat persempadanan darat dan maritim antarabangsa Malaysia serta persempadanan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. 


Hadir di pihak NRECC antaranya ialah Yang Berusaha Tuan Abdul Wahid bin Abu Salim (Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRECC, Yang Berbahagia Datuk Muhammad Yasir bin Yahya (Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial) NRECC dan Yang Berusaha Tuan Hazrey bin Tomyang (Setiausaha Bahagian Ukur dan Pemetaan) NRECC serta pegawai-pegawai NRECC. Manakala kehadiran di pihak JUPEM ialah Yang Berusaha Tuan Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali (Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia), Sr Hazri bin Hassan (Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II) dan pegawai-pegawai dari Bahagian Ehwal Persempadanan JUPEM. Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan pembukaan dan tujuan taklimat oleh YBrs. Tuan KPUP JUPEM seterusnya pembentangan status persempadanan oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan (Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan). 

Melalui sesi taklimat ini, status semasa dan 𝑤𝑎𝑦 𝑓𝑜𝑟𝑤𝑎𝑟𝑑 dalam mendepani isu-isu berkaitan persempadanan antarabangsa mahupun persempadanan antara negeri memberikan satu perspektif / 𝑖𝑛𝑠𝑖𝑔ℎ𝑡𝑓𝑢𝑙 kepada semua pihak berhubung usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh JUPEM selaku 𝑙𝑒𝑎𝑑 𝑎𝑔𝑒𝑛𝑐𝑦 (teknikal) dalam urusan persempadanan bersama Jabatan/Agensi lain yang terlibat. 

Pihak JUPEM merakamkan jutaan terima kasih kepada YBM NRECC dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi taklimat pada hari ini.