Tarikh diterbitkan : 12 May 2023

TAKLIMAT OPERASI SEMPENA KEMASUKAN PASUKAN UKUR PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN BERSAMA NEGERI KELANTAN DAN NEGERI PERAK | 7 MEI 2023

TAKLIMAT OPERASI SEMPENA KEMASUKAN PASUKAN UKUR PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN BERSAMA NEGERI KELANTAN DAN NEGERI PERAK | 7 MEI 2023

Satu taklimat operasi sempena kemasukan pasukan ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) bagi kerja Penandaan dan Pengukuran Bersama Negeri Kelantan dan Negeri Perak telah diadakan pada 07 Mei 2023 bertempat di Dewan JAKOA Pos Brooke, Gua Musang Kelantan. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, Sr Abdul Rahman bin Mohd Jazuli@Mahmood dan dihadiri oleh pegawai serta kakitangan dari Pejabat Topografi Wilayah dan Cawangan Sempadan, BPTSM. 


Taklimat dimulakan dengan amanat daripada Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung dan selanjutnya taklimat operasi telah dibentangkan oleh wakil dari Cawangan Sempadan, BPTSM. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi pemakluman pencapaian dan status semasa kerja-kerja Penandaan dan Pengukuran bersama Negeri Kelantan dan Negeri Perak serta perancangan operasi kemasukkan kakitangan ke kawasan pengukuran. 


Aktiviti penandaan dan pengukuran akan bermula pada 7 Mei 2023 dan dijangka selesai pada 08 Jun 2023. Seramai 120 orang kakitangan BPTSM (Ibu Pejabat dan kerjaluar) serta dibantu oleh pengawai pengiring bersenjata dari Pasukan Gerakkan Am PDRM yang berpengkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan akan terlibat sepanjang operasi ini berlangsung. Selepas taklimat, satu majlis dialog diantara pihak pengurusan BPTSM bersama pasukan kerjaluar telah diadakan bagi membincangkan isu-isu serta permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan kerjaluar dalam menjalankan kerja-kerja ukuran di lapangan. Semoga operasi kali ini berjalan dengan lancar dan BPTSM dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh jayanya.