Tarikh diterbitkan : 12 May 2023

BENGKEL PEMANTAPAN TEKNIK PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN KERTAS PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN (SUBJEK JABATAN) | 11 MEI 2023

BENGKEL PEMANTAPAN TEKNIK PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN KERTAS PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN (SUBJEK JABATAN) | 11 MEI 2023

Bentong, 11 Mei 2023 - Satu bengkel Pemantapan Teknik Penggubalan dan Pemarkahan Soalan Kertas Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) telah diadakan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) bermula 8 hingga 11 Mei 2023 anjuran Seksyen Pembangunan Kompetensi, Bahagian Perancangan dan Korporat. 

Bengkel ini dihadiri oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional dari JUPEM seluruh Malaysia. Penceramah yang dijemput dari Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Puan Sharifah Hanizah binti Syed Jaafar (Ketua Penolong Setiausaha) dan En. Lee Zhi Jie (Penolong Setiausaha merangkap Munsyi Bahasa).

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran dalam menyediakan soalan-soalan kertas peperiksaan yang bermutu dan menepati skop sukatan peperiksaan semasa. Selain itu, bengkel ini juga bagi memantapkan kefahaman kaedah penggubalan soalan dan skema jawapan serta pemeriksaan skrip jawapan.

Diharap bengkel yang dianjurkan ini membantu membolehkan pegawai-pegawai yang bakal dilantik sebagai penggubal kertas peperiksaan memahami kaedah dan meningkatkan kemahiran dalam menyediakan soalan-soalan yang bermutu dan menepati kriteria penggubalan soalan.