Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

MESYUARAT PRA-JAWATANKUASA BERSAMA TEKNIKAL (JBT) PERSEMPADANAN MARITIM ANTARA NEGERI SELANGOR DENGAN NEGERI SEMBILAN | 12 MEI 2023

MESYUARAT PRA-JAWATANKUASA BERSAMA TEKNIKAL (JBT) PERSEMPADANAN MARITIM ANTARA NEGERI SELANGOR DENGAN NEGERI SEMBILAN | 12 MEI 2023

Pra-Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Persempadanan Maritim antara Negeri Selangor dengan Negeri Sembilan peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada hari ini di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan, Seremban. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Marlia binti Mohd Belia, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan turut menghadiri adalah Sr Mohd Johari bin Md. Sharif, Timbalan Pengarah Ukur II JUPEM Negeri Sembilan, pegawai-pegawai JUPEM Negeri Sembilan serta pegawai daripada PBN Negeri Sembilan. 

Manakala di peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 9 Mei 2023 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Shah Alam dengan dipengerusikan oleh Tuan Dr. Yusri bin Zakariah, Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan turut dihadiri oleh Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor serta pegawai-pegawai daripada PBN Selangor. 

Pegawai-pegawai daripada Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP) mewakili JUPEM Ibu Pejabat telah menghadiri kedua-dua Mesyuarat Pra-JBT dan Sr Nawi binti Haji Abdullah, Pengarah Ukur Seksyen Sempadan Negeri dan Penyelarasan, BEP telah membentangkan status persempadanan maritim antara kedua-dua negeri, kaedah penentuan sempadan maritim serta syor dalam usaha memulakan rundingan pertama (𝑒𝑥𝑐ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒 𝑜𝑓 𝑣𝑖𝑒𝑤𝑠) oleh JBT.

Semoga libat urus strategik yang berterusan di antara JUPEM dengan pihak berkuasa Negeri dalam usaha pemuktamadan sempadan darat mahupun maritim antara negeri-negeri di Malaysia berjalan dengan lancar.