Tarikh diterbitkan : 22 Aug 2019

Ibu Pejabat JUPEM berjaya kekalkan QE/5S

Ibu Pejabat JUPEM sekali lagi telah berjaya mengekalkan pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) buat kali ke-9 bagi tahun 2019/2020. Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang dilaksanakan oleh juruaudit dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu Encik Semawi Zakaria telah berlangsung pada 21 Ogos 2019 di semua zon dan pihak MPC mengumumkan bahawa Ibu Pejabat JUPEM layak untuk dipersijilkan semula.

Syabas dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi, barisan Urus Setia Induk QE, semua Ahli Jawatankuasa Induk QE serta semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM. Semoga pensijilan ini dapat dikekalkan di masa akan datang dan membuka ruang kepada seluruh warga Ibu Pejabat JUPEM untuk mengamalkan persekitaran yang berkualiti.