Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

KURSUS PENILAIAN KUALITI DATA UNMANNED AERIAL SYSTEM (UAS) SENSOR OPTIK MENGIKUT PERATURAN UKUR GEOMATIK 2021 (PUG 2021) | 15-18 MEI 2023

KURSUS PENILAIAN KUALITI DATA UNMANNED AERIAL SYSTEM (UAS) SENSOR OPTIK MENGIKUT PERATURAN UKUR GEOMATIK 2021 (PUG 2021) | 15-18 MEI 2023

Kursus Penilaian Kualiti Data Unmanned Aerial System (Uas) Sensor Optik Mengikut Peraturan Ukur Geomatik 2021 (PUG 2021) telah diadakan pada 15 hingga 18 Mei 2023 bertempat di Ibis Hotel, Melaka dan telah dirasmikan oleh YBrs. Ketua pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Mohammad Zaki Bin Mohd Ghazali dan diiringi oleh Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Sr Saiful Wazlan bin Wahab serta En Aszaman Bin Misran, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka.

Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) dan dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pemproses data UAS di JUPEM negeri. Penceramah yang dijemput terdiri dari pegawai-pegawai JUPEM iaitu Sr Shahrul Nizam bin Mohamad Jarali (Penolong Pengarah Ukur JUPEM Perak), Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Ketua Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Kadaster) dan Sr Fahizul Risya Bin Husin (Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung) dibantu oleh En. Yaki Bin Abdullah (Ketua Unit UAS, BPTSM). Peserta juga dibawa lawatan ke Menara Kawalan Trafik Udara Melaka sebagai pendedahan bagaimana pemantauan udara dilakukan oleh pihak Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).

Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan kepada pemproses data UAS di JUPEM Negeri supaya lebih mahir dalam melaksanakan semakan/tapisan kualiti data-data UAS yang dihasilkan. Kualiti data-data tersebut haruslah menepati lima (5) elemen semakan kualiti iaitu Kesempurnaan, Ketekalan Logikal, Ketepatan Posisi, Ketepatan Temporal dan Ketepatan Tematik. Seterusnya diharap peserta dapat mengoptimumkan penggunaan perisian dan perkakasan dalam menghasilkan produk atau output UAS yang berkualiti tinggi.