Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

MESYUARAT KUMPULAN KERJA KECIL KUALITI DATA (KKKKD) GEOSPATIAL BIL 1/2023 | 16 MEI 2023

MESYUARAT KUMPULAN KERJA KECIL KUALITI DATA (KKKKD) GEOSPATIAL BIL 1/2023 | 16 MEI 2023

Mesyuarat Kumpulan Kerja Kecil Kualiti Data (KKKKD) Geospatial Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 16 Mei 2023 bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM Ibu Pejabat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sr Iza Zarina Binti Abdu Razak @ Idris, Ketua Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan selaku pengerusi KKKKD. 

Mesyuarat ini melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), PLANMalaysia, Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pusat Geospatial Negara (PGN), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS).

Kumpulan Kerja Kecil Kualiti Data (KKKKD) merupakan kumpulan kerja di bawah Jawatankuasa Teknikal Standard dan Pertukaran Data (JTSPD). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan menyelaras isu-isu berkaitan kualiti data geospatial bagi memudahkan perkongsian dan pertukaran data spatial di antara jabatan dan agensi kerajaan. Di antara isu-isu yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah keperluan untuk pengemaskinian Garis Panduan Penilaian Kualiti Data Geospatial sedia ada selaras dengan perubahan ISO 19157 berkaitan kualiti data. Selain daripada itu, turut diadakan sesi knowledge sharing mengenai Peranan ISO TC211 yang telah disampaikan oleh Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim, SME Kadaster (Penawanan Data Terrestrial & 3D Modelling). Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.