Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH BAGI NEGERI-NEGERI DI UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA (NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK DAN PERLIS) (JPW PEKA) | 18 MEI 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH BAGI NEGERI-NEGERI DI UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA (NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK DAN PERLIS) (JPW PEKA) | 18 MEI 2023

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah dijemput bagi membentangkan Kertas Kerja Status Penandaan dan Pengukuran Sempadan Darat dan Maritim antara Negeri-Negeri di Utara Semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis) di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Perancang Wilayah Bagi Negeri-Negeri di Utara Semenanjung Malaysia (Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis) (JPW PEKA) yang berlangsung di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (PLANMalaysia Negeri Perak), Ipoh. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr. Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia dan dihadiri oleh Jabatan/Agensi dari Negeri-Negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan JUPEM diwakili Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP).

Kertas Kerja JUPEM telah dibentangkan oleh Sr Powzy bin Mohd Som, Timbalan Pengarah Ukur BEP bertujuan memaklumkan status pelaksanaan penandaan dan pengukuran sempadan darat dan maritim antara negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia melibatkan sektor Kedah - Perlis, Kedah - Pulau Pinang, Kedah - Perak dan Pulau Pinang - Perak. Antara lain turut dimaklumkan status rundingan persempadanan antara negeri, usaha serta libat urus yang telah dijalankan oleh JUPEM sebagai π‘π‘œπ‘šπ‘π‘’π‘‘π‘’π‘›π‘‘ π‘Žπ‘’π‘‘β„Žπ‘œπ‘Ÿπ‘–π‘‘π‘¦ dalam usaha membantu serta memberi khidmat nasihat persempadanan di peringkat negeri melalui Jawatankuasa Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri (JPPSBN) dan Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) serta Jawatankuasa Kebangsaan Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri (JKPPSBN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Adalah menjadi satu hasrat dan harapan agar melalui pembentangan Kertas Kerja ini, perancangan pembangunan di kawasan persempadanan negeri dirujuk terlebih dahulu kepada JUPEM bagi mendapatkan pengesahan sempadan dan negeri-negeri mengaktifkan rundingan persempadanan bagi sektor yang belum selesai melalui Jawatankuasa-Jawatankuasa berkenaan bagi memastikan persempadanan antara negeri-negeri dapat dimuktamadkan.

"πΊπ‘œπ‘œπ‘‘ 𝑓𝑒𝑛𝑐𝑒𝑠 π‘šπ‘Žπ‘˜π‘’ π‘”π‘œπ‘œπ‘‘ π‘›π‘’π‘–π‘”β„Žπ‘π‘œπ‘’π‘Ÿπ‘  - π‘…π‘œπ‘π‘’π‘Ÿπ‘‘ πΉπ‘Ÿπ‘œπ‘ π‘‘"