Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

MESYUARAT PLENARI KE-56 ISO/TC 211-GEOGRAPHIC INFORMATION / GEOMATICS | 18-19 MEI 2023

MESYUARAT PLENARI KE-56 ISO/TC 211-GEOGRAPHIC INFORMATION / GEOMATICS | 18-19 MEI 2023

Pada 18-19 Mei 2023, Mesyuarat Ke-56 ISO/TC211-– Geographic Information / Geomatics telah diadakan secara hybrid di Jeonju, Korea Selatan. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 106 orang ahli daripada seluruh dunia di mana 44 orang telah hadir secara fizikal dan 62 orang telah hadir secara atas talian. Mesyuarat Ke-56 ISO/TC211 pada kali ini telah dipengerusikan Mr. Peter Parslow. Seramai empat (4) orang delegasi Malaysia yang telah menghadiri mesyuarat tersebut secara atas talian yang diketuai oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab sebagai Ketua Delegasi, Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Dr. Zakri bin Mohammad Tarmidi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Di antara objektif mesyuarat tersebut adalah pelaporan sekreteriat ISO/TC11, pelaporan 7 Working Groups dan pelaporan 12 Advisory Groups. Pelaporan-pelaporan tersebut telah membincangkan pembangunan standard dalam bidang maklumat geografi/geomatik yang sedang dibangunkan dan membincangkan standard baru yang dicadangkan serta isu-isu yang berbangkit. Di antara resolusi ringkas daripada mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-

i. Pasukan projek memerlukan tambahan masa bagi menyelesaikan dokumen Dokumen ISO 19135 Geographic Information Registration sebelum menjadikannya kepada Draft International Standard (DIS).

ii. Tempoh masa tambahan juga diperlukan bagi Dokumen ISO 19127 Geographic Information – Geodetic Register dan Dokumen ISO 19157-3 Geographic Information - Data Quality - Part 3. Ianya bergantung kepada tempoh masa Dokumen ISO 19135 Geographic Information Registration dapat disiapkan.

iii. Penyelarasan maklumat geografi yang mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan bagi Dokumen Siri ISO 19152 Geographic information — Land Administration Domain Model (LADM) dan semakan terhadap Geographic Data Files (GDF).

iv. ISO/TC 211 telah mewujudkan perhubungan di antara dan ISO/PC 343 Management System for UN Sustainable Development Goals dan ISO Climate Change Coordination Committee (CCCC).