Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA (MOU) ANTARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) BERSAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM), MAJLIS DAERAH TANGKAK (MDT), SYARIKAT ESRI MALAYSIA SDN BHD, SYARIKAT HERE GLOBAL B.V. DAN SYARIKAT SMARTOCITY SDN BHD | 19 MEI 2023

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA (MOU) ANTARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) BERSAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM), MAJLIS DAERAH TANGKAK (MDT), SYARIKAT ESRI MALAYSIA SDN BHD, SYARIKAT HERE GLOBAL B.V. DAN SYARIKAT SMARTOCITY SDN BHD | 19 MEI 2023

JUPEM hari ini menandatangani Memorandum Kerjasama bersama Sururahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Majlis Daerah Tangkak (MDT), Syarikat ESRI Malaysia Sdn Bhd, Syarikat HERE Global B.V. dan Syarikat Smartocity Sdn Bhd sebagai tanda persetujuan untuk menjalinkan kerjasama bagi Projek Rintis Pembangunan Perkhidmatan Alamat dan Jalan Di Daerah Tangkak Secara Proof of Concept (POC). Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. 

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Teknologi dan dan Inovasi SKMM, YBrs. Shamsul Izhan bin Abdul Majid, Yang DiPertua Majlis Daerah Tangkak, YM Ungku Mohd Zaffrin bin Ungku Mohd Zaman, Ketua Pegawai Eksekutif ESRI Malaysia Sdn. Bhd., Tan Choon Sang, Ketua Pegawai Eksekutif HERE Malaysia Sdn. Bhd., Lim Boon Leong dan Ketua Pegawai Eksekutif Smartocity Sdn. Bhd., Lt Kdr Mohamad Yasir bin Ali TLDM (B).

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali berkata, pemeteraian MoU adalah sebagai langkah permulaan bagi mewujudkan Sistem Alamat Nasional dalam menyelaras maklumat alamat di dalam satu pangkalan data yang bersepadu. Objektif utama pembangunan projek rintis ini adalah membangunkan framework Sistem Alamat Nasional (MySANa), melengkapkan alamat dan jalan di Daerah Tangkak serta mewujudkan ekosistem kemaskini maklumat alamat dan jalan secara Proof of Concept dalam tempoh enam (6) bulan.

Selain itu, cetusan projek ini juga adalah bagi mendokong hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Konsep Malaysia Madani iaitu kesediaan menerima perubahan ke arah inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya maju. Perkara ini dinyatakan sebagai salah satu Nilai Teras di dalam Malaysia Madani iaitu Dayacipta dengan jelas menyatakan perkara ini bukan sekadar perubahan yang dangkal, ia harus memberi nilai tambah yang signifikan kepada sesebuah sistem.

Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Brigedier Jeneral Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab serta wakil-wakil dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengursan Malaysia (MAMPU) dab Pusat Geospatial Negara (PGN).