Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

RUNDINGAN PERTAMA JAWATANKUASA BERSAMA TEKNIKAL (JBT) PENENTUAN SEMPADAN MARITIM ANTARA NEGERI SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN | 19 MEI 2023

RUNDINGAN PERTAMA JAWATANKUASA BERSAMA TEKNIKAL (JBT) PENENTUAN SEMPADAN MARITIM ANTARA NEGERI SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN | 19 MEI 2023

Pada hari ini berlangsungnya rundingan pertama oleh kedua-dua Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Penentuan Sempadan Maritim antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Dr. Yusri bin Zakariah (Pengarah Tanah dan Galian Selangor) dan Puan Marlia binti Mohd Belia (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan). Turut hadir di kedua-dua belah pihak negeri adalah Sr Shabudin bin Saad (Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor), Sr Rosli bin Mohammed (Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan), wakil-wakil pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pegawai Undang-Undang PTG, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang, PDT Port Dickson dan JUPEM Negeri Sembilan.

Delegasi JUPEM Ibu Pejabat diketuai oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, FRISM (Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan) telah membentangkan aspek-aspek teknikal dalam penentuan jajaran sempadan maritim antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, syor untuk pertimbangan serta pencerahan dan kupasan ke atas persoalan-persoalan di sepanjang rundingan pertama JBT kali ini.

Pihak JUPEM mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak Negeri di atas semangat untuk memulakan rundingan persempadanan maritim negeri usai saja kurang setahun pemeteraian Perjanjian Sempadan Darat antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang telah berlangsung tahun lepas.

“𝑌𝑜𝑢 𝑑𝑜𝑛’𝑡 ℎ𝑎𝑣𝑒 𝑡𝑜 𝑏𝑒 𝑔𝑟𝑒𝑎𝑡 𝑡𝑜 𝑠𝑡𝑎𝑟𝑡, 𝑏𝑢𝑡 𝑦𝑜𝑢 ℎ𝑎𝑣𝑒 𝑡𝑜 𝑠𝑡𝑎𝑟𝑡 𝑡𝑜 𝑏𝑒 𝑔𝑟𝑒𝑎𝑡” - 𝑍𝑖𝑔 𝑍𝑖𝑔𝑙𝑎𝑟