Tarikh diterbitkan : 30 May 2023

SIRI SEMINAR (TOWNHALL) TAKLIMAT KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 25 MEI 2023

SIRI SEMINAR (TOWNHALL) TAKLIMAT KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 25 MEI 2023

Kuala Lumpur - Pada hari ini telah diadakan satu siri Seminar Taklimat Kepimpinan dan Pengurusan kepada Pegawai-Pegawai Kanan JUPEM bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM, Ibu Pejabat JUPEM.

Seminar ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan yang juga merupakan seorang Pengurusan Tertinggi JKPTG mempunyai pengalaman yang luas di dalam pengurusan dan pentadbiran di sektor awam. Beliau juga turut menerangkan kaedah dan sistem pentadbiran serta kepimpinan negara-negara luar dalam mentadbir negara mereka. Selain itu, beliau juga telah membincangkan isu-isu semasa melibatkan pentadbiran kerajaan di negara ini.

Seminar ini juga turut dihadiri oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Hazri bin Hasan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta melibatkan 50 orang pegawai kanan yang hadir. Seminar ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan.