Tarikh diterbitkan : 26 Jun 2023

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL MARITIM KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 20 JUN 2023

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL MARITIM KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 20 JUN 2023

YBhg. Datin Paduka Nur Ashikin binti Mohd Taib, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri bersama dengan 2 orang pegawai iaitu Puan Farah Syafina binti Bahari dan Puan Zuliera Zariz binti Azman Aziz telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di Wisma JUPEM pada hari ini. 

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ini adalah YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan), Sr Musli bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Maritim Antarabangsa) dan Sr Mohd Rosydi bin Abdullah, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Sempadan Maritim Antarabangsa).
  
YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali amat berbesar hati dalam menerima kunjungan dari delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Maritim yang turut merupakan antara rakan strategik utama dalam mendalami isu-isu berhubung dengan persempadanan maritim antarabangsa.  

Pada akhir kunjungan hormat tersebut, YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali turut menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Datin Paduka Nur Ashikin binti Mohd Taib sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.