Tarikh diterbitkan : 26 Jun 2023

9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON GEOMATICS AND GEOSPATIAL TECHNOLOGY (GGT2023) | “Enhancing Geospatial Technologies, Revolutionizing Mapping” | 23-25 MEI 2023

9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON GEOMATICS AND GEOSPATIAL TECHNOLOGY (GGT2023) | “Enhancing Geospatial Technologies, Revolutionizing Mapping” | 23-25 MEI 2023

KUALA LUMPUR: “9th International Conference on Geomatics and Geospatial Technology (GGT2023)” telah diadakan bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur. Penyertaan sekitar 150 peserta dari pelbagai agensi utama geomatik dan geospatial telah menghadiri persidangan yang diadakan pada 23 - 25 Mei 2022. 

Pada edisi tahun ini, GGT2023 dianjurkan secara bersama oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), dan Persatuan Jurukur Tanah Malaysia (PEJUTA). 
 
YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik merangkap Pengerusi GGT2023, YBrs Dainna Baharuddin selaku Presiden RISM dan YBhg. Datuk Sr Hj. Johari bin Wahab selaku Exco LJT merupakan antara nadi yang telah menjayakan persidangan peringkat antarabangsa ini. Upacara perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki Bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 23 Mei 2023. 

Persidangan edisi yang ke-9 ini bertemakan “Enhancing Geospatial Technologies, Revolutionizing Mapping” telah menyediakan platform bagi perkongsian dan perbincangan pengetahuan dalam bidang geomatik dan geospatial. Sepanjang persidangan dua hari itu, enam (6) topik menarik telah dibentangkan oleh penceramah utama antarabangsa dan tempatan. Selain itu juga sebanyak 43 kertas kerja teknikal dari institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa telah berjaya dibentangkan. Berdasarkan kepada pembentangan dan penulisan tersebut sebelas (11) kertas kerja terbaik telah dipilih untuk diterbitkan dalam “Special Issue: International Journal of Geoinformatics” yang merupakan jurnal terindeks Scopus, manakala yang lain akan diterbitkan dalam prosiding diindeks Scopus dalam “IOP Conference Series: Earth and Environmental Science”. 

GGT2023 juga telah melibatkan syarikat-syarikat utama didalam bidang geomatik dan geospatial yang terlibat sebagai pembentang dan pempamer antaranya ialah E.J. Motiwalla, GPS Lands (M) Sdn. Bhd, Bandwork GPS Solutions Sdn. Bhd., AntaraGrafik Systems Sdn. Bhd, SkyShine Corporation Sdn. Bhd, Global-Trak Systems Sdn. Bhd., Topcon Positioning Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Drone Academy Sdn. Bhd. dan ESRI Malaysia Sdn. Bhd.