Tarikh diterbitkan : 04 Jul 2023

SESI PERBINCANGAN KOLABORATIF DI ANTARA JUPEM DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PERLIS BERKAITAN PENYELIDIKAN KEJURUTERAAN BAWAH TANAH MENGGUNAKAN GROUND PENETRATING RADAR (GPR) | 2 JUN 2023

SESI PERBINCANGAN KOLABORATIF DI ANTARA JUPEM DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PERLIS BERKAITAN PENYELIDIKAN KEJURUTERAAN BAWAH TANAH MENGGUNAKAN GROUND PENETRATING RADAR (GPR) | 2 JUN 2023

KUALA LUMPUR, 2 JUN - Satu sesi perbincangan kolaboratif di antara JUPEM dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis berkaitan penyelidikan kejuruteraan bawah tanah menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Intan, Tingkat 11, Wisma JUPEM, Ibu Pejabat JUPEM. 

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Hazri bin Hasan dan delegasi dari UiTM Perlis diketuai oleh Sr Dr. Mimi Diana binti Ghazali, Pensyarah Kanan berserta dua (2) pelajar penyelidik iaitu Encik Mohd Syuib bin Umar dan Encik Mohammad Shahrulnizam bin Ismail. Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti), YBrs. Sr Hj. Kamarul Azam bin Kamarul Baharin bersama pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU). 

Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mencari ruang dan peluang untuk mengadakan sesi libat urus penyelidikan terutamanya dalam bidang pemetaan utiliti bawah tanah dengan menggunakan 𝘎𝘳𝘰𝘢𝘯π˜₯ π˜—π˜¦π˜―π˜¦π˜΅π˜³π˜’π˜΅π˜ͺ𝘯𝘨 π˜™π˜’π˜₯𝘒𝘳 (GPR). 

Semoga dengan kolaborasi ini dapat memberi sumbangan kepada penambahbaikan dalam pengurusan kejuruteraan bawah tanah di negara ini.