Tarikh diterbitkan : 05 Jul 2023

MAJLIS PERASMIAN PESTA SUKAN UKUR SEMALAYSIA (PESUMA) KE-34 | 9 JUN 2023

MAJLIS PERASMIAN PESTA SUKAN UKUR SEMALAYSIA (PESUMA) KE-34 | 9 JUN 2023

KUANTAN 9 Jun 2023 - Majlis Perasmian Pesta Sukan Ukur SeMalaysia (PESUMA) ke-34 telah berjaya diadakan pada pagi ini secara lansung yang disempurnakan oleh YBrs Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.  

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang (KSKJUP) telah diberikan mandat dan amanah oleh Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (MSJU) untuk menganjurkan PESUMA kali ke-34 bertempat di Kuantan Pahang. Majlis perasmian PESUMA kali ini telah diadakan di Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan, Pahang. 

PESUMA edisi 34 ini berjaya menarik penyertaan yang terdiri dari 20 kontinjen-kontinjen JUPEM di seluruh negari termasuk 3 jemputan iaitu TANKUR, LJT dan Kader Ukur. 

‘Sukan Tanpa Sempadan, Pencapaian Jadi Ukuran’