Tarikh diterbitkan : 05 Jul 2023

LAWATAN KERJA TEKNIKAL JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK (JTSS) DAN KONSULTAN SARAWAK INFOEMATION SYSTEM SDN BHD (SAINS) KE IBU PEJABAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 16 JUN 2023

LAWATAN KERJA TEKNIKAL JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK (JTSS) DAN KONSULTAN SARAWAK INFOEMATION SYSTEM SDN BHD (SAINS) KE IBU PEJABAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 16 JUN 2023

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) dan Konsultan Sarawak Information System Sdn. Bhd. (SAINS) telah mengadakan lawatan kerja teknikal ke Ibu Pejabat JUPEM khususnya ke Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) pada 16 Jun 2023. Rombongan seramai 15 orang pegawai diketuai oleh YBrs. Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Timbalan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang pemetaan utiliti yang berkaitan teknik pengesanan dan pengukuran utiliti bawah tanah, pemprosesan data, penyimpanan data ke dalam pangkalan data serta proses penyediaan peta utiliti.
  
Ketibaan delegasi tersebut telah disambut oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dan YBrs. Sr Haji Kamarul Azam bin Kamarul Baharin, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti).   

Seterusnya, Pengarah Ukur BPU telah mempengerusikan sesi lawatan di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak JUPEM yang telah disampaikan oleh Sr Mohd Noor bin Wagiran, Pengarah Ukur Seksyen (Naziran dan Pembangunan Pangkalan Data) dan Sr Zurina binti Ahmad, Penolong Pengarah Ukur Seksyen Naziran, Bahagian Pemetaan Utiliti. Ini diikuti taklimat daripada pihak JTSS yang telah disampaikan oleh Encik Toh Hai Jian, Juruukur JTSS. Sesi ini diakhiri dengan lawatan ke Makmal Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah JUPEM. 
 
Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JTSS dan konsultan SAINS atas kesudian lawatan kerja teknikal ke Ibu Pejabat JUPEM. Semoga sesi lawatan ini dapat memberi manfaat kepada pihak JTSS dan JUPEM.