Tarikh diterbitkan : 11 Jul 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BERSAMA BAGI PENGUKURAN DAN PENANDAAN SEMPADAN DARAT ANTARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA KALI KE-17 (BMT-17) | 5-7 JUN 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BERSAMA BAGI PENGUKURAN DAN PENANDAAN SEMPADAN DARAT ANTARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA KALI KE-17 (BMT-17) | 5-7 JUN 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama Bagi Pengukuran dan Penandaan Sempadan Darat Antara Brunei Darussalam dan Malaysia Kali ke-17 (BMT-17) telah berlangsung di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. 

Mesyuarat yang dianjurkan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Brunei Darussalam bertujuan untuk meneliti, menyemak, menyelaras dan meluluskan perkara yang berkaitan dengan aspek teknikal kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan darat antarabangsa antara Malaysia dan Brunei Darussalam. 

Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Pengerusi Teknikal Bersama Malaysia. Ahli-ahli delegasi Malaysia yang turut serta ialah Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, Sr Sylvester Luta Anak Buli, Pengarah Ukur Bahagian Topografi Sarawak, Sr Saiful Nizam bin Saip, Pengarah Ukur Seksyen Sempadan Darat Antarabangsa, Pegawai-Pegawai JUPEM, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan wakil Kedutaan Malaysia di Brunei Darussalam. 

Mesyuarat yang telah berlangsung selama 3 hari itu telah berjaya mencapai kata sepakat kepada beberapa perkara yang telah berbangkit sebelum ini. Semoga keputusan yang telah dicapai semasa Mesyuarat BMT-17 ini berlangsung akan dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancangkan.