Tarikh diterbitkan : 11 Jul 2023

MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM BIL 2 TAHUN 2023 | 9-10 JUN 2023

MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM BIL 2 TAHUN 2023 | 9-10 JUN 2023

KUANTAN, 9 JUN – Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun 2023 yang diadakan di Zenith Hotel,Kuantan telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri. 
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan aktiviti Ukur, Pemetaan dan Geospatial selain membentangkan dasar Jabatan, hala tuju dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan tercapai bagi Tahun 2023.