Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

MESYUARAT PEMUKIMAN PENGURUSAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC) 2023 | 05 - 07 JULAI 2023

MESYUARAT PEMUKIMAN PENGURUSAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC) 2023  | 05 - 07 JULAI 2023

Mesyuarat Pemukiman Pengurusan Tahun 2023 NRECC telah diadakan pada 5-7 Julai 2023 di Hatten Hotel, Melaka. Mesyuarat ini diadakan bertujuan membentangkan cadangan prospek penjanaan pendapatan Jabatan dan Agensi serta pembentangan Pelan Strategik oleh Ketua Jabatan dari setiap Agensi dan Jabatan di bawah NRECC.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Yang Berhormat Menteri, Nik Nazmi bin Nik Ahmad dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dato' Sri Huang Tiong Sii serta KSU NRECC, YBhg. Dato' Rosli bin Haji Isa. Manakala JUPEM diwakili oleh YBrs TKPUP I, Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman dan pegawai- pegawai kanan dari BPK, BDPP, BK serta BGSP.

Pada 5 Julai 2023, majlis telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. KSU NRECC disusuli dengan penyampaian amanat oleh YB Menteri NRECC dan seterusnya adalah sesi penilaian cadangan prospek penjanaan pendapatan Jabatan dan Agensi.

Pada 6 Julai 2023, mesyuarat diteruskan lagi dengan sesi perbincangan dan pengemaskinian pelan strategik antara Timbalan-Timbalan KSU dan Ketua Jabatan sebelum dibentangkan kepada YBhg. KSU NRECC.

Pada 7 Julai 2023, Cadangan Pelan Strategik telah dibentangkan kepada YB Menteri oleh setiap Setiausaha Bahagian dari Sektor Air dan Pembentungan, Sektor Sumber Asli, Sektor Khidmat Pengurusan serta Sektor Tenaga, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.