Tarikh diterbitkan : 27 Feb 2020

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 24 Februari - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Negeri Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj. Ahmad bin Yakob di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu pada hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah untuk memberi taklimat ringkas kepada Menteri Besar Negeri Kelantan sempena penganjuran Seminar Falak Kontemporari Kebangsaan 2020 yang bertema “Mentradisikan Keilmuan Falak” anjuran bersama Pertubuhan Jurukur DiRaja Malaysia (RISM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Mufti Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang akan diadakan pada 6 April 2020 bersamaan 12 Syaaban 1441H di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu Kelantan.

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ini ialah Sr Saiful Wazlan bin Wahab (RISM), Sr Ahmad Suhaimi bin Abdul Majid (RISM), Prof. Sr Dr. Mohd Razali bin Mahmud (UTM), Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob (RISM) dan Ustaz Wan Muhammad Ezani, Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan.