Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

MESYUARAT KALI KE-2 LAND BOUNDARY COMMITTEE BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA | 06 JULAI 2023

MESYUARAT KALI KE-2 LAND BOUNDARY COMMITTEE BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA | 06 JULAI 2023

Mesyuarat kedua yang pertama kali dianjurkan oleh Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam ini bertujuan untuk menyelaras dan meluluskan perkara-perkara teknikal dan dasar berkaitan dengan kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan darat antarabangsa antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia manakala Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebagai ahli mesyuarat telah di ketuai oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Pengerusi Teknikal Bersama Malaysia. Ahli-ahli delegasi Malaysia yang turut serta ialah Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, wakil Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Kementerian Pertahanan Malaysia, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, wakil Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, pegawai-pegawai dari JUPEM dan wakil Kedutaan Malaysia di Brunei Darussalam.

Mesyuarat yang telah berlangsung di πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘›π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ πΆπ‘œπ‘›π‘“π‘’π‘Ÿπ‘’π‘›π‘π‘’ πΆπ‘’π‘›π‘‘π‘Ÿπ‘’, Bandar Seri Begawan, Brunnei Darussalam ini telah mencapai beberapa perkara yang akan berkaitan yang akan menjurus kepada Mesyuarat 𝐸π‘₯π‘β„Žπ‘Žπ‘›π‘”π‘’ π‘œπ‘“ πΏπ‘’π‘‘π‘‘π‘’π‘Ÿ ke-24 (EOL-24) dan π΄π‘›π‘›π‘’π‘Žπ‘™ πΏπ‘’π‘Žπ‘‘π‘’π‘Ÿ πΆπ‘œπ‘›π‘ π‘’π‘™π‘‘π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› ke-24 (ALC-24) yang akan di adakan di Kuala Lumpur pada 18 Julai 2023 dan 3 Ogos 2023 kelak.