Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

KAMPONG DIGITAL NEGERI MELAKA : LAWATAN JUPEM MELAKA & UPEN MELAKA KE JUPEM IBU PEJABAT | 04 JULAI 2023

KAMPONG DIGITAL NEGERI MELAKA : LAWATAN JUPEM MELAKA & UPEN MELAKA KE JUPEM IBU PEJABAT  | 04 JULAI 2023

Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) sedang melaksanakan lnisiatif Kampung Digital yang mana projek ini bertujuan untuk mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas dan berstruktur dikalangan penduduk kampung. lni akan membawa manfaat kepada penduduk kampung dalam aspek pengurusan, penghantaran, dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan alamat rumah. Kelebihan lnitiatif Kampung Digital juga akan menghasilkan data perangkaan mengenai jumlah rumah dan juga persempadanan kampung di Negeri Melaka.

Rentetan dari itu, pihak JKMM melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah meminta pandangan dan khidmat nasihat JUPEM Melaka dalam melaksanakan lnisiatif Kampung Digital tersebut. Oleh yang demikian, JUPEM Melaka berpandangan kolaborasi antara JUPEM dan Kerajaan Negeri Melaka boleh dipertingkatkan melalui inisiatif ini.

Pengemaskinian pangkalan data lot dan bangunan perlu dilaksanakan dengan segera oleh JUPEM untuk membantu pihak kerajaan negeri melaksanakan inisiatif yang dirancang. Atas inisiatif tersebut, pihak UPEN Melaka telah mengadakan satu sesi lawatan ke lbu Pejabat JUPEM bagi tujuan kolaborasi bersama JUPEM pada 4 Julai 2023.

Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan) YBrs. Badaruddin bin Mohd Kassim bersama delegasi UPEN Melaka, turut serta Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka, Sr Noor Helmy bin Noordin dan pegawai-pegawai JUPEM Melaka.

Progam ini dimulai dengan sesi taklimat pembentangan berkaitan data dan sistem JUPEM oleh lbu Pejabat JUPEM (BPDGN & BGSP), seterusnya pembentangan berkaitan data dan sistem yang berkaitan dengan Projek Kampung Digital Negeri Melaka oleh Unit GIS Melaka, UPEN Melaka

Sesi Kunjungan Hormat delegasi UPEN Melaka ke Pejabat KPUP turut diadakan serta sesi perbincangan kolaborasi antara UPEN Melaka dengan JUPEM yang dipengerusikan oleh YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP).

Program diakhiri dengan sesi lawatan teknikal ke Pusat Operasi Geospatial Pertahanan, JUPEM yang telah diberi penerangan akan fungsinya oleh Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) Kol. Norazlin binti Pamuji.