Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

SPECIAL TECHNICAL DISCUSSION NO.2 (CPD & CBDRF) (STD 2) DAN CPD CBDRF INFORMAL DISCUSSION NO.2 (CPD & CBDRF ID 2) BAGI PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA (SABAH) DAN INDONESIA (KALIMANTAN UTARA) | 11 - 13 JULAI 2023

SPECIAL TECHNICAL DISCUSSION NO.2 (CPD & CBDRF) (STD 2) DAN CPD CBDRF INFORMAL DISCUSSION NO.2 (CPD & CBDRF ID 2) BAGI PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA (SABAH) DAN INDONESIA (KALIMANTAN UTARA)  | 11 - 13 JULAI 2023

Special Technical Discussion No. 2 (STD 2) dan CPD & CBDRF Informal Discussion No. 2 (CPD & CBDRF ID 2) diadakan dengan tujuan menyelaras dan membincangkan perkara-perkara teknikal berkaitan dengan pengukuran dan penandaan sempadan antarabangsa Malaysia (Sabah) dan Indonesia (Kalimantan Utara).

Pihak Malaysia berbesar hati menerima kunjungan delegasi Indonesia yang diketuai oleh Bapak Eko Artanto selaku Koordinator Bidang Pemetaan Batas Negara, Pusat Pemetaan Batas Wilayah, Badan Informasi Geospasial. Delegasi Malaysia pula dipimpin secara bersama oleh Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Sabah) dan Sr Zuhairy bin Ibrahim, Pengarah Ukur Seksyen (Infrastruktur Rujukan Spatial), Bahagian Ukur Geodetik. Turut hadir adalah Encik Saat Durasit daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Sesi berkenaan telah dilaksanakan di Wisma Ukur JUPEM Ibu Pejabat, Kuala Lumpur pada 11 sehingga 13 Julai 2023.

Pihak CPD dan CBDRF mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan kedua-dua mesyuarat ini.