Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

KUNJUNGAN SILATURRAHIM JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KE PEJABAT MUFTI SELANGOR | 14 JULAI 2023

KUNJUNGAN SILATURRAHIM JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KE PEJABAT MUFTI SELANGOR  | 14 JULAI 2023

JUPEM telah mengadakan Kunjungan Silaturrahim ke Pejabat Mufti Selangor pada 14 Julai 2023 bersamaan 25 Zulhijjah 1443 (Jumaat). Pihak JUPEM diketuai oleh Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik bersama dengan 5 orang pegawai JUPEM turut hadir iaitu;

• Sr Khairil Izwan bin Ahmad Arshad- Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, JUPEM Selangor;

• Sr. Muhammad Daud bin Mahdzur - Pengarah Ukur Seksyen (Graviti dan Falak);

• Sr Mohd Najib bin Hussin - Juruukur Daerah Utara, JUPEM Selangor;

• Cik Nurul Husna binti Aziz - Penolong Pengarah Ukur (Graviti dan Falak); dan

• En Syful Ekhzan bin Jamulidin - Penolong Juruukur Daerah Utara, JUPEM Selangor.

Kehadiran pihak JUPEM telah disambut dan diraikan oleh Y.A.D. Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, bersama YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Miszairi Bin Haji Sitiris, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor serta Tuan Haji Hardi Bin Mohamad Sadali, Ketua Bahagian Falak.

Semasa kunjungan tersebut JUPEM telah menzahirkan penghargaan kepada pihak Jabatan Mufti Selangor atas hubungan dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin khususnya dalam hal pengukuran dan aktiviti-aktiviti falak di negeri Selangor. Dalam pertemuan tersebut juga pihak JUPEM telah mendengar hasrat Pejabat Mufti Selangor berkaitan perkembangan falak di masa akan datang untuk dipertimbangkan oleh JUPEM agar dapat bergerak seiring dalam menampung keperluan falak di negeri tersebut.

Dalam pada itu, pihak JUPEM telah mengambil kesempatan memaklumkan projek-projek pembangunan berkaitan falak kepada pihak Jabatan Mufti serta membuat demonstrasi aplikasi mudah alih MyKiblat yang kini sedang dibangunkan oleh JUPEM di sampaikan oleh Sr Muhammad Daud bin Mahdzur, Pengarah Ukur Seksyen (Graviti dan Falak).

Hasil pertemuan tersebut secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kerjasama stratergik antara JUPEM dan Jabatan Mufti Negeri bagi memastikan urusan falak di negeri tersebut terus berkembang.

Jabatan Mufti Negeri Selangor