Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

MAJLIS PELANCARAN BULAN FALAK MALAYSIA 1445H | 18 JULAI 2023

MAJLIS PELANCARAN BULAN FALAK MALAYSIA 1445H | 18 JULAI 2023

18.07.2024 bersamaan 29 Zulhijjah 1443, JUPEM telah menyantuni jemputan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke Majlis Perasmian Bulan Falak Malaysia yang telah diadakan di Menara Kuala Lumpur.

Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik) juga merangkap Ahli Panel Pakar Falak (PPF) JAKIM telah hadir dalam majlis perasmian tersebut yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hjh. Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.

Majlis tersebut kemudiannya disambung dengan Majlis Perasmian Bulan Falak Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Wakil JUPEM yang telah turut dijemput hadir antaranya adalah Sr. Salmah Bt. Saleh, Pengarah Ukur dan Pemetaan WPKL/Putrajaya, Sr. Muhammad Daud bin Mahdzur, Pengarah Ukur Seksyen (Graviti dan Falak), Sr Hishammudin Bin Kaiyim, Juruukur Daerah WPKL/Putrajaya. Turut hadir juga adalah YBhg. Datuk Dr. Azhari bin Mohamed mantan Ketua Pengarah Ukur dan Penetaan Malaysia merangkap AJK Rukyah Wilayah Persekutuan.

Satu forum bertajuk Pengaruh Cuaca Terhadap Kenampakan Hilal telah diadakan untuk berkongsi dengan hadirin berkenaan iklim dan cuaca di Malaysia dan kesannya terhadap aktiviti cerapan hilal di negara ini.

Aktiviti cerapan hilal Muharram 1445H telah diadakan pada petang hari tersebut dengan disertai oleh Pencerap dari JUPEM WPKL/Putrajaya, JAKIM dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.