Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

MESYUARAT TEKNIKAL BAGI PENYELARASAN DATA PEMETAAN SEMPADAN KONTIJEN, DAERAH DAN BALAI POLIS SERTA KEPERLUAN DATA TOPOGRAFI SELURUH MALAYSIA UNTUK KEGUNAAN SISTEM COMMAND & COMMUNICATION & COMPUTER INTERGRATION (C4i) POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) | 17 JULAI 2023

MESYUARAT TEKNIKAL BAGI PENYELARASAN DATA PEMETAAN SEMPADAN KONTIJEN, DAERAH DAN BALAI POLIS SERTA KEPERLUAN DATA TOPOGRAFI SELURUH MALAYSIA UNTUK KEGUNAAN SISTEM COMMAND & COMMUNICATION & COMPUTER INTERGRATION (C4i) POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) | 17 JULAI 2023

Mesyuarat Teknikal Bagi Penyelarasan Data Pemetaan Sempadan Kontinjen, Daerah Dan Balai Polis Serta Keperluan Data Topografi Seluruh Malaysia Untuk Kegunaan Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan pada 17 Julai 2023 (Isnin) bermula pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan.

Mesyuarat ini melibatkan kehadiran 23 orang termasuk 12 orang dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan 11 orang dari delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terdiri daripada Jabatan Logistik dan Teknologi, Jabatan Pengurusan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Dalam Negeri, dan Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan).

Beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat termasuk keperluan pihak PDRM dalam memperoleh data pemetaan yang meliputi peta sempadan negeri dan peta sempadan daerah, serta data topografi seperti Digital Terrain Model (DTM), Digital Surface Model (DSM), dan kontur yang relevan untuk integrasi ke dalam Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i) PDRM. Isu-isu lain yang dibincangkan adalah kaedah penyaluran perkhidmatan data.Perkara seperti kaedah penyaluran perkhidmatan data juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat.

Selain daripada isu-isu yang telah dibincangkan, pihak JUPEM telah membuat pembentangan mengenai sempadan negeri pentadbiran dan sempadan daerah pentadbiran yang berada di bawah tanggungjawab JUPEM. Dalam pembentangan tersebut, data sempadan pentadbiran JUPEM dibandingkan dengan data sempadan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kontinjen, dan balai polis untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas.

JUPEM turut membuat pembentangan Defence Geospatial Information Management (DGIM) yang merangkumi portal, aplikasi dan perkongsian data geospatial dari pelbagai agensi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )