Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

MESYUARAT BERKAITAN INTEGRASI SISTEM LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) DAN JUPEM | 25 JULAI 2023

MESYUARAT BERKAITAN INTEGRASI SISTEM LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) DAN JUPEM | 25 JULAI 2023

Mesyuarat berkaitan integrasi sistem Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan JUPEM telah diadakan pada 25 Julai 2023 (Isnin) bermula pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat JED, Tingkat 10, Wisma JUPEM. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan.

Mesyuarat ini melibatkan kehadiran 20 orang termasuk 10 orang dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan 10 orang dari delegasi Lembaga Getah Malaysia (LGM). Delegasi daripada LGM telah diketuai oleh En. Hairul Irwan Jamaluddin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi).

Beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat termasuk keperluan pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam memperoleh data pemetaan seperti data seperti data NDCDB, Digital Terrain Model (DTM), Digital Surface Model (DSM) dan kontour yang relevan untuk integrasi ke dalam pangkalan data Lembaga Getah Malaysia (LGM). Perkara seperti kaedah penyaluran perkhidmatan data juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat yang menggunakan kaedah Service of Oriented Architecture (SOA).

Pihak LGM telah membentangkan sistem yang digunakan iaitu PAT-G dalam menyimpan maklumat pekebun-pekebun getah manakala pihak JUPEM telah membuat pembentangan mengenai portal MyGeoserve yang menjadi platform perkongsian data-data geospatial untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas.

JUPEM turut membuat pembentangan mengenai MyLOT yang memaparkan lot-lot kadaster bagi rujukan pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM). Semoga dengan mesyuarat ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat dalam bidang geospatial di antara pihak JUPEM dan pihak LGM.