Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN TAHUN 2023 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)| 31 JULAI 2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN TAHUN 2023 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)| 31 JULAI 2023

JUPEM telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Tahun 2023 bertempat di Dewan Ukur, JUPEM Ibu Pejabat, Kuala Lumpur pada 31 Julai 2023. Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali. Beliau telah menyampaikan amanat terakhir beliau bersama dengan pesanan-pesanan supaya JUPEM terus maju jaya dan dapat melahirkan lebih ramai pegawai-pegawai yang kompeten serta serba boleh.
Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 220 orang termasuk Pengarah Bahagian, Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Ukur dan Pemeteaan Negeri, pegawai-pegawai KADER, Ahli MBJ Jabatan serta warga JUPEM di Ibu Pejabat. Perhimpunan ini juga turut disiarkan secara langsung melalui platfom Youtube Live.
Majlis juga turut diserikan dengan penyampaian sijil Anugerah dan Perhargaan termasuk beberapa pelancaran seperti berikut:


1. Pelancaran Poster Kesihatan Metabolik;


2. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pihak Pekerja MBJ JUPEM Tahun 2021/2022;


3. Penyampaian Sijil Kompetensi Transformasi Koordinat & Unjuran Peta Menggunakan Perisian GIS;


4. Pelancaran Wiki Edar dan Penyampaian Sijil Perhargaan Perlaksanaan Wiki Edar (Medium Baharu Edaran Peta);


5. Penyampaian Sijil Perlantikan kepada Ahli Pasukan Group Focus Open Source;


6. Penyampaian Sijil Kumpulan Kerja Aplikasi MyLot;


7. Penyampaian Sijil Hijau Titanium (Tittanium Green Certification) & Penyampaian Sijil Green Data Center Professional;


8. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Perunding LEXUS;


9. Pelancaran MyKIBLAT dan Penyampaian Sijil Penghargaan;


10. Penyampaian Sijil Penghargaan Projek Pelantar Benua Malaysia (Malaysia's Partial Submission on The Extended of Continental Shelf to Commission on The Limits of The Continental Shelf - CLCS);


11. Penyampaian Sijil Penghargaan Projek Titik Pangkal Malaysia;


12. Projek Titik Pangkal Malaysia (Pendepositan 158 Titik Pangkal ke Division for Ocean Affairs and The Law of The Sea - DOALOS, United Nations);


13. Penyampaian Sijil Penghargaan Pemuktamadan Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan bagi Negeri yang Telah Selesai Perjanjian Sempadan Darat tahun 2022 (Negeri Selangor - Negeri Sembilan) dan Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim tahun 2023 (Negeri Kedah - Negeri Perlis); dan


14. Penyampaian Sijil Malaysia Book of Records (MBOR) Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Kedah-Perlis secara Serentak.
Perhimpunan ini telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YBrs. Tuan KPUP serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.