Tarikh diterbitkan : 09 Aug 2023

PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN ISU KEPERLUAN PENGUKURAN PEMETAAN UTILITI OLEH JURUUKUR TANAH BERLESEN | 13 JULAI 2023

PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN ISU KEPERLUAN PENGUKURAN PEMETAAN UTILITI OLEH JURUUKUR TANAH BERLESEN | 13 JULAI 2023

Satu sesi perbincangan telah diadakan di antara Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) dan Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) pada 13 Julai 2023 bertempat di Pejabat Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia, Setapak Kuala Lumpur. 
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Sr Mohd Safrul Alam bin Masari. Wakil PEJUTA yang hadir adalah Tuan Haji Ezam bin Ariffin (Naib Pengerusi PEJUTA) dan 𝘣𝘰𝘢𝘳𝘥 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘴 adalah Tuan Haji Mohd Rozi bin Latib, Tuan Haji Isman bin Hussain dan Sr Azhar bin Husain. Wakil BPU yang hadir adalah Sr Mohd Noor bin Wagiran (Pengarah Ukur Seksyen), Sr Zurina Ahmad (Penolong Pengarah Ukur Cawangan Naziran), Sr Mohd Harris Hafizi b. Mohd Shahidan (Penolong Pengarah Ukur Cawangan Pangkalan Data) dan Encik Nik Razali b. Nik Man (Penolong Juruukur Cawangan Naziran).
Perbincangan meliputi isu-isu semasa dalam pengukuran pemetaan utiliti, garis panduan pemetaan utiliti yg terlibat (GP Utiliti RMKe-12) Pindaan 2022 dan keperluan (𝘴𝘶𝘳𝘷𝘦𝘺 𝘳𝘦𝘲𝘶𝘪𝘳𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵) dalam menjalankan pengukuran oleh pemain-pemain industri kini.