Tarikh diterbitkan : 08 Sep 2023

JUPEM @ LATIHAN TELESKOP | 20 - 24 OGOS 2023

JUPEM @ LATIHAN TELESKOP | 20 - 24 OGOS 2023

Satu siri Latihan Pengoperasian Alat Teleskop dan Astrofotografi JUPEM telah diadakan di eRYA Bentong, Pahang. Ia melibatkan petugas pencerap hilal JUPEM negeri-negeri. Seramai 24 orang peserta telah menjalani latihan ini yang dibimbing oleh Saudara Shahrin Ahmad iaitu pengasas 'falakonline.net' juga dikenali sebagai shahgazer.  

Pembukaan program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob selaku Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik), Ibu Pejabat JUPEM. Dalam ucapan beliau telah memberi penekanan kepada semua peserta yang mewakili negeri masing-masing supaya sentiasa meningkatkan kecekapan dan memberikan komitmen sepenuhnya kepada Pejabat Mufti negeri dalam melaksanakan cerapan hilal. JUPEM selaku jabatan teknikal dalam bidang falak di negara ini mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyediakan data-data astronomi serta melaksanakan cerapan di lapangan.  

Program selama 5 hari ini telah memberi kemahiran lebih mendalam berkenaan astrophotografi melibatkan pengimejan objek langit dalam.