Tarikh diterbitkan : 08 Sep 2023

SEMINAR MEMPERKASA JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL LANTIKAN BAHARU (MeLB) FASA II | 21 - 22 OGOS 2023

SEMINAR MEMPERKASA JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL LANTIKAN BAHARU (MeLB) FASA II | 21 - 22 OGOS 2023

Seminar Memperkasa Juruukur dan Jurugeospatial Lantikan Baharu (MeLB) Fasa II telah dilaksanakan pada 21 – 22 Ogos 2023 di Bilik Seminar JUPEM Selangor. Seminar MeLB Fasa II ini adalah sesi pembentangan berdasarkan soalan yang telah diberikan dan peserta MeLB perlu membentangkan di hadapan para panel penilai. Hal ini bertujuan bagi mempersiapkan barisan pelapis juruukur dan jurugeospatial yang mampu menerajui Bahagian dan JUPEM Negeri pada masa hadapan sesuai dengan teknologi terkini yang membangun dengan sangat pesat.
 
Seminar MeLB Fasa II ini telah di hadiri seramai 30 orang Juruukur dan Jurugeospatial lantikan baharu dari seluruh JUPEM termasuk dari Pusat Geospatial Negara, INSTUN dan Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi (DOSM) beserta 5 orang panel dan 7 orang pemerhati. Majlis Peramsian Seminar MeLB Fasa II telah disempurnakan oleh Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Bersama Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor dan Sr Looi Kam Seng, Timbalan Pengarah Ukur - SME Kadaster (Ukuran Kadaster). 

Terima kasih kepada barisan SME Jabatan iaitu Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, Sr Jasmari bin Jamaludin dan Sr Yeap Wei Chin yang menjadi tunjang utama program MeLB ini dan tidak dilupakan barisan urus setia dari Seksyen Pembangunan Kompetensi, Bahagian Perancangan dan Korporat, JUPEM. 

Diharapkan dengan penganjuran MeLB ini dapat mencapai objektif di antaranya adalah untuk melahirkan juruukur dan jurugeospatial yang berpengetahuan kritis dan kreatif.