Tarikh diterbitkan : 18 Sep 2023

AUDIT DALAMAN INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) | 21 - 23 OGOS 2023

AUDIT DALAMAN INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) | 21 - 23 OGOS 2023

Malaysia Real-Time Kinematic GNSS Network (MyRTKnet) adalah salah satu perkhidmatan utama Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat kedudukan yang tepat. Dalam memastikan perkhidmatan MyRTKnet adalah selamat kepada pengguna dan Jabatan, bertepatan dengan persijilan SIRIM di bawah MS ISO/IEC 27001:2013, satu sesi audit dalaman Information Security Management System (ISMS) telah diadakan pada 21 - 23 Ogos 2023. Audit ISMS sistem MyRTKnet ini diadakan setiap tahun. 

Seramai 4 orang auditor luar telah dijemput iaitu Ts Harlisa binti Zulkifli (Pegawai Teknologi Maklumat NAHRIM), Puan Maizura binti Ishak (Pengawai Penyelidik FRIM), Puan Chempawan binti Saidina Othman (Pegawai Teknologi Maklumat, Kementerian Perpaduan Negara) dan Encik Tee Ngin Long (Penolong Setiausaha NRECC). Lawatan ke Pusat Data Utama di Tingkat 5, Wisma JUPEM juga telah diadakan bagi menerangkan mengenai infrastruktur ICT di JUPEM dan operasi sistem MyRTKnet.  

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Zuhairy Bin Ibrahim, Pengarah Ukur Seksyen Infrastruktur Rujukan Spatial. Seramai 4 orang wakil BUG turut hadir bersama. Pada hari terakhir, pihak auditor telah membentangkan hasil penemuan audit yang merangkumi perkara-perkara berbangkit, isu-isu berkaitan dan maklum balas prestasi.