Tarikh diterbitkan : 18 Sep 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK ICT (JPPICT) JUPEM BILANGAN 12 TAHUN 2023 | 22 OGOS 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK ICT (JPPICT) JUPEM BILANGAN 12 TAHUN 2023 | 22 OGOS 2023

YBrs. Sr Wan Mohamad Darani Bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Projek ICT (JPPICT) mempengerusikan Mesyuarat JPPICT JUPEM terakhir sebelum tarikh persaraan wajib beliau pada 28 Ogos 2023 ini. 

Jawatankuasa Pemandu Projek ICT (JPPICT) JUPEM adalah jawatankuasa tertinggi bagi memantau pelaksanaan projek ICT jabatan sepertimana digariskan di bawah Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2018 – Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA). 

Bidang tugas JPPICT adalah:  
    i.  Menentukan hala tuju dan strategi pelaksanaan projek ICT; 
    ii. Memantau status pelaksanaan projek secara menyeluruh; 
   iii. Memantau dan menyelaras aliran kewangan projek bersamaan dengan kemajuan projek; 
   iv. Meluluskan setiap pembayaran projek yang hendak dilakukan; 
    v. Menimbang dan meluluskan cadangan penguatkuasaan terma-terma kontrak seperti penalti, pelanjutan masa
        dan penamatan kontrak; 
  vi. Menyelesaikan isu-isu dasar yang timbul berkaitan dengan projek; 
 vii. Melulus dan mengesahkan pelaksanaan setiap peringkat projek; dan 
viii. Meluluskan serahan projek.