Tarikh diterbitkan : 22 Sep 2023

KEMPEN SEMARAK MALAYSIA 2023 @JUPEM | 24 OGOS 2023

KEMPEN SEMARAK MALAYSIA 2023 @JUPEM | 24 OGOS 2023

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia 2023, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) turut sama menganjurkan kempen 'Semarak Malaysia 2023 @ JUPEM 2023' bagi menanam semangat cintakan negara dan perpaduan bersama.  
  
Majlis berkenaan telah dianjurkan di Lobi Wisma JUPEM, dengan di hadiri oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta warga JUPEM Ibu Pejabat dan JUPEM Wilayah Persekutuan K.Lumpur & Putrajaya.  
  
Antara pengisian majlis ini adalah agihan Jalur Gemilang kepada wakil Bahagian/Negeri di JUPEM Ibu Pejabat, serahan 'mock cheque' kemenangan JUPEM bagi Reruai Merdeka 2023 ke-3 Terbaik peringkat NRECC dan diakhiri dengan nyanyian bersama lagu Jalur Gemilang.    

Semoga majlis ini akan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan serta Sambutan Hari Malaysia pada tahun 2023.    
Malaysia Madani; Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan