Tarikh diterbitkan : 22 Sep 2023

MY KIBLAT @ KARNIVAL ASTRONOMI PAHANG 2023 | 25 OGOS 2023

MY KIBLAT @ KARNIVAL ASTRONOMI PAHANG 2023 | 25 OGOS 2023

Promosi aplikasi MyKIBLAT sempena Karnival Astronomi Pahang 2023. 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Karnival Astronomi & Majlis Penutup Bulan Falak Malaysia Peringkat Negeri Pahang dan telah disempurnakan oleh YH Dato’ Sri Dr. Hj Abdul Rahman Bin Hj Osman, Mufti Pahang di Dewan Kelisa Mes Pegawai Kanan PGA, Kem Galing, Kuantan. 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Pahang telah dijemput oleh Jabatan MUFTI Negeri Pahang untuk membuka reruai pameran produk-produk jabatan. 

Antara pameran yg menjadi tumpuan utama ialah aplikasi πŒπ²πŠπ’π›π₯𝐚𝐭. Salah satu inisiatif dari pihak JUPEM untuk membantu rakyat mendapatkan arah Kiblat yang tepat pada lokasi semasa. MyKiblat adalah aplikasi saintifik yang menggunakan koordinat peranti pengguna untuk menghitung azimuth kiblat, waktu solat dan waktu lintasan matahari di atas garisan kiblat. 
 
YH Dato’ Sri Dr. Hj Abdul Rahman Bin Hj Osman, Mufti Pahang bersama Dato’ Haji Badli Shah Bin Haji Alauddin, Timbalan Mufti Pahang turut menguji cuba aplikasi MyKiblat.