Tarikh diterbitkan : 10 Apr 2020

Lawatan Kerja YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke JUPEM

KUALA LUMPUR, 9 April - YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP).

Kedatangan YB Menteri telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia; Brig. Jen. Hj. Zakaria bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian (Geospatial Pertahanan) dan Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) serta pegawai-pegawai kanan JUPEM.

BGSP turut membentangkan aplikasi Dashboard WebGIS untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapat maklumat terperinci mengenai COVID-19. 

Bersempena dengan lawatan kerja tersebut, YB Menteri telah menerima dana sebanyak RM145,000 untuk Tabung COVID-19 sumbangan daripada badan-badan dan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan dengan JUPEM seperti Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA), Geomatics and Land Surveying Division (GLS), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA), Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM), Yayasan Kebajikan Jurukur Tanah Berdaftar, Geospatial Sciences & Technology College (GSTC) dan Majlis Sukan JUPEM.