Tarikh diterbitkan : 22 Sep 2023

SESI “SEND OFF” YBrs. Sr WAN MOHAMAD DARANI BIN AB. RAHMAN , TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN I | 28 OGOS 2023

SESI “SEND OFF” YBrs. Sr WAN MOHAMAD DARANI BIN AB. RAHMAN , TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN I  | 28 OGOS 2023

Sesi "Send Off" YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, telah diadakan di perkarangan Lobi Wisma JUPEM pada petang 28 Ogos 2023. 

Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II (TKPUP II), Pengarah-pengarah Ukur Bahagian di Ibu Pejabat JUPEM serta Pengarah-pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri bersama-sama dengan warga JUPEM. 

Pada kesempatan yang sama, TKPUP I turut melaksanakan "punch-out" terakhir beliau sebagai kakitangan perkhidmatan awam. Seluruh warga JUPEM mengucapkan selamat bersara kepada YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman dan semoga maju jaya dalam apa jua bidang selepas ini. Semoga sesi ini akan menjadi momen indah dihari terakhir beliau di Jabatan. 
 

"Terkadang perpisahan membuat kita mengerti betapa pertemuan itu sangat bererti, sehingga kita mampu memaknai dan menghargai setiap detik kebersamaan. Perpisahan bukanlah satu noktah kepada silaturrahim yang terjalin... In sha ALLAH ukhuwah persaudaraan kekal diteruskan"
 

Salam persaraan YBrs. Sr Wan Mohamad Darani, semoga terus berjaya dalam segala bidang. 
 

"Budimu dikenang, Jasamu disanjung"