Tarikh diterbitkan : 10 Oct 2023

PAMERAN PRODUK / APLIKASI JUPEM “MyLOT & MyKIBLAT” @UTM KL | 08 SEPT 2023

PAMERAN PRODUK / APLIKASI JUPEM “MyLOT & MyKIBLAT” @UTM KL  | 08 SEPT 2023

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DI BAWAH PROGRAM KEPIMPINAN EKSEKUTIF UNTUK JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL (LEXUS) TAHUN 2023 

Satu aktiviti perkongsian ilmu dan pameran produk JUPEM di bawah Program Kepimpinan Eksekutif untuk Juruukur dan Jurugeospatial (Junior LEXUS) telah pun berjaya diadakan di Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTM KL) pada 8 September 2023. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Pusat Islam UTM KL. 

Objektif utama pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan peranan Juruukur dalam penentuan arah kiblat dan kepentingannya kepada umat Islam di samping memperkenalkan produk terbaharu JUPEM iaitu aplikasi MyLot dan MyKiblat. 

Sesi perkongsian ilmu bertajuk "Arah Kiblat dan Umah Islam: Satu Pandangan dari Sudut Pengukuran dan Pemetaan" telah disampaikan oleh Sr Muhammad Daud bin Mahdzur dari Seksyen Graviti dan Falak, Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM. Sebanyak dua pempamer dari Bahagian Kadaster yang diwakili oleh Sr Hazida binti Hamzah dan Sr Zaahira binti Ismail serta Bahagian Ukur Geodetik JUPEM yang diwakili oleh Encik Mohd Hisham bin Ahmad, Encik Azfar bin Aminuddin dan Encik Tolhah bin Ubaid telah menyertai pameran bagi memperkenalkan aplikasi MyLOT dan MyKIBLAT.  Aktiviti perkongsian ilmu dan pameran ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat setempat yang hadir ke Masjid UTM KL.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada kesemua peserta Junior LEXUS yang terlibat di dalam menjayakan program ini iaitu Sr Mohd Rifqi bin Mohd Naseri dan Sr Nur Sabrina binti Sulaiman (BPGDN), Sr Hazman bin Md Johar (Bahagian Topografi Sabah), Sr Norfaraedayu binti Azman (Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung), Sr Norfadzillah binti Haron (Majlis Keselamatan Negara), Sr Koh Wen Ying (JUPEM Pulau Pinang), Sr Zurina binti Ahmad (INSTUN), Sr Mardyana binti Halim (JUPEM Pulau Pinang),  Pn.Sherly Suhana binti Muhamad dan Pn.Noor Fadilah binti Zainal Anam (BKGIS) atas komitmen yang amat cemerlang dalam melaksanakan program ini.

Jutaan terima kasih juga diucapakan kepada pihak Pusat Islam UTM KL di atas kesudiaan dan kerjasama baik yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan kolabrasi seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang dalam usaha berterusan untuk memberi khidmat sosial korporat kepada masyarakat dan seterusnya menaikkan lagi martabat JUPEM. Tidak dilupakan juga penghargaan terima kasih kepada pihak pengurusan JUPEM atas sokongan terhadap perlaksanaan program ini.