Tarikh diterbitkan : 10 Oct 2023

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 12 SEPT 2023

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 12 SEPT 2023

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) telah menerima kunjungan hormat dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di pejabat beliau pada 12 September 2023 di Wisma JUPEM. Ia merupakan kunjungan hormat yang pertama dari agensi luar yang diterima oleh KPUP semenjak beliau dilantik sebagai KPUP pada 6 September 2023 yang lalu.

Kunjungan ini telah diketuai oleh En. Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, berserta 7 pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah, MAIWP.

Tujuan kunjungan ini ada bagi menjalinkan kerjasama dan bertukar fikiran berkaitan isu-isu tanah milik MAIWP di samping mengeratkan silaturahim di antara MAIWP dan JUPEM.

Sejurus kunjungan hormat ini, satu pertemuan berkenan status tanah milik MAIWP telah dibincangkan, dimana ia dipengerusikan oleh Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster bersama Sr Salmah binti Saleh, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Wilayah Persekutuan K.Lumpur & Putrajaya, dan pegawai-pegawai dari JUPEM WPKL Putrajaya.

Pihak JUPEM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak  MAIWP atas kesudian kunjungan ini.