Tarikh diterbitkan : 10 Oct 2023

JUPEM PERINTIS PROJEK PERLUASAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM @ PERSIDANGAN DIGITAL SEKTOR AWAM (PDiSA) 2023 | 13 SEPT 2023

JUPEM PERINTIS PROJEK PERLUASAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM @ PERSIDANGAN DIGITAL SEKTOR AWAM (PDiSA) 2023 | 13 SEPT 2023

PUTRAJAYA, 13 September 2023 - Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.

PDiSA 2023 yang bertemakan "Pendigitalan Perkhidmatan Awam: Nadi Kesejahteraan Negara" menjadi platform kepada pencambahan idea dan maklumbalas untuk memantapkan peranan pemimpin digital kerajaan secara cekap ke arah perkhidmatan kerajaan yang berpaksikan rakyat. Ianya juga telah memberi peluang untuk berkongsi amalan terbaik peringkat global dan nasional yang boleh diadaptasi dalam hala tuju, dasar dan pemimpin digital serta memacu gagasan digitalisasi sektor awam.

Dikesempatan yang sama, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara turut menyampaikan sijil penghargaan sebagai Agensi Perintis Projek Perluasan Data Terbuka Sektor Awam Fasa II kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Sr Hazri bin Hasan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia .

Selain itu, 2 Agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Metreologi Malaysia (METMalaysia) turut menerima penghargaan yang sama di dalam majlis tersebut.