Tarikh diterbitkan : 14 Dec 2023

JUPEM @ MESYUARAT SEMAKAN SEMULA SENARAI SEMAK PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | 17-19 NOVEMBER 2023

JUPEM @ MESYUARAT SEMAKAN SEMULA SENARAI SEMAK PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | 17-19 NOVEMBER 2023

Wakil JUPEM telah dijemput oleh pihak MAMPU untuk bersama 32 orang ahli dari pelbagai jabatan/agensi bagi membincangkan semakan semula ke atas senarai semak pengauditan EKSA, pada 17-19 November 2023 di Hotel Zenith, Cameron Highlands, Pahang.

MAMPU telah memilih ahli mesyuarat ini berdasarkan kepada faktor pengalaman dan kepakaran sebagai Subject Matter Expert (SME)/Champion EKSA & EKSA Kendiri dalam aspek bidang tugas masing-masing serta pelaksanaan/pengauditan EKSA yang boleh menyumbang input dalam menambah baik kriteria pengauditan EKSA dan EKSA Kendiri. Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor telah hadir selaku Champion EKSA lantikan MAMPU.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Wan Azilawati binti Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan MAMPU JABATAN PERDANA MENTERI

Mesyuarat ini ini bertujuan untuk menambah baik dan memberi nilai tambah terhadap pelaksanaan pengauditan EKSA dan EKSA Kendiri oleh agensi-agensi sektor awam. Dimana jangkaan tahun 2024 satu kriteria EKSA baharu akan dikeluarkan bagi melancarkan pelaksanaan EKSA diseluruh negara.